Apa khabar semua ?? Saya di sini alhamdulillah sihat saja dengan harapan anda semua juga begitu.
Setelah sekian lama tidak update blog so hari nie kita bertemu lagi yeahhh lama tak berceloteh entah apa-apa tu kan hahaha. . .
Cerita hari nie tentang lawatan ke Cameron Higland , Pahang pada 11 hari bulan October 2014 kerana wakil menggantikan ayah aku under Felcra.
Cerita ku kini bermula throwback to Cameron Highland la kita yaa hehehe. . .
Pada malam 10.10.2014 bertolak ke Cameron Highland pada pukul 12.36 a.m punya beria-ria suruh berkumpul pukul 11.30 p.m padahal lewat jugak bertolaknya . Dah last minit baru tau sebab ayah aku bagi tau lewat so mmg tak tau la aku akan dok dengan sapa kat atas bas tu blablabla. . .
Seramai 5 buah bas kami ingin menuju ke sana.
Aku duduk dengan orang sebaya umur ja dengan aku okay la kan kawan sekampung tapi x rapat mana pon huhuhu. Perjalanan kami berhenti pada pukul 2 a.m lebih dekat RNR Gunung Semanggol pakat dok edarkan duit poket daripada pihak Felcra sebanyak Rm50 dan meneruskan perjalanan ke RNR Sungai Perak tiba pada pukul 4.20 a.m singgah untuk mandi dan solat subuh kat situ.
Gilerr la awal pagi buta dah kena mandi bagaikan perhhhh dah macam "Qiamulai" gitu . . Apa-apa pon turun bas ja aku terus ke toliet beratur untuk awal siap apa semua tu. . Tunggu turn segalanya tu siap awal senang tak gaduh nk berebut-rebut la katakan , aku dah la kena berdikari apa semua hurmmm
Done mandi apa semua nak tunggu waktu solat subuh masuk Ya Allah punya la lambat kalau kita dok tunggu waktu nak masuk tu kalau tak tunggu tu cepat ja masuk dan cepat jugak habis waktu hahaha. . .
Aku ikut ja mak cik-mak cik kg aku tu pi masuk surau ada nampak plug alang-alang tu cas ja la phone aku nie dah la aku tak dak power bank sob sob . . . . . .
Kalau tak silap subuh masuk waktu pada pukul 5.36 a.m , selesai solat aku terus menunju ke toliet balik untuk makeup dan pakai wide shawl apa semua as soon as posible la takut tertinggal bas dan tak sempat nak beli minuman dan makanan kat situ. . . Sempat ja aku buat semua dan terus naik bas la aku hihihi
Bas memulakan perjalanan balik pukul 6.46 a.m ke Cameron Highland wey dapat la tengok perjalanan di awal pagi dan pemandangan jugak huhuhu so far so good laa , kami ikut Cameron tu jalan Simpang Pulai dapat la tengok perkampungan orang asli dan dapat jugak tengok orang asli lalu lalang kat situ. . .
Orang Asli pon dah maju wey sama ja macam kita nie cuma nampak perbezaan yang ketara pada rambut depa ja la hehehe tau kan macam mana rambut orang asli tu macam "maggi" hehe. . Jalan untuk ke Cameron Highland tu tengah di perbaiki so ada la perubahannya nanti ye idok.
Kami masuk Cameron Higland pada pukul 8.11 am dan terus ke Bee Farm pada pukul 8.54 a.m yeahh dah sampai ada nampak perubahan yang agak banyak la yang aku boleh nampak sebab sebelum nie aku dah pernah sampai tempat nie ikut trip time sekolah menengah time tu form 1 baru aku sekarang dah 20 tahun dah la nampak la agak ketara perubahannya di situ hihihi. . .
Aku dah la tak geng nak jalan dengan sapa blablabl aku tunggu la kawan aku Hidayah dia naik bas tak sekali dengan so ada jugak la kawan untuk aku mintak tolong aku snap apa semua tu kan . . .
Typinggg punya la panjang berjela sudah mesti tertanya-tanya kan bila la aku nak upload gambar nie okay nie tempat pertama yang aku pi so ada satu gambar jaa
Di Bee Farm Cameron Highland.
Lama la jugak kami kat situ . . . Selapas tu kami bertolak pula ke tempat Strawbery yeahhh seronok nya dengan harapan bukan tempat yang aku pernah pergi dulu tu. Nak la pi tempat lain pulak kan dekat sana banyak ladang strawbery hehehe.. Okay sampai ja kat sini macam biasa la aku tunggu kawan aku tu sebab kami kan bas tak sekali so sampainya ada la lewat 5 minit hihihi. . . Okay kat sini aku dah start shopping untuk di bawa pulang nanti . . . Kat sini tempat dia cantik laa sangat sebab tempatnya cerun turun bukit macam tu so memang boleh nampak jalan jammed laa. . Nie di antara gambar yang aku snap kat sini ..
Di S'Corner Kea Farm CH
Dekat sini bukan ladang strawbery ja ada tapi ada jugak tempat orang tanam cendawan tiram tu . . Tau dak apa itu cendawan tiram alaa ada yang orang buat masak sayur ,cendawan goreng tu yang macam KFC tu salah satu fav aku laa tu tapi kat sini dia ada banyak warna la cendawan dia antaranya warna biasa kan kelabu tu pink,kuning,peach pon ada aku tak beli pon sebab dah selalu makan hehehe..
"Do Not Touch" hehehe takut nanti cendawan tu rosak bacteria kowt. .
Kami meneruskan perjalanan untuk makan tengah hari di Tanah Rata pula. Kat sini bas aku sampai lewat so aku dok dalam bas lagi kawan aku dayah dah call kata aku nak makan apa aku pon kata la kat dia simpan tempat kat aku maklum la 5 buah bas sat gi kedai makan full dengan rombongan kami ke sana.. Sampai ja kat situ aku dok cari melilau kedai makan yang dah dok tunggu Orkid apa entah nya kedai tu . Ramai gilerr orang kat situ beratur dan aku ambil nasi+ayam goreng + kauh campur : kuah kari,masak lemak. . . Order teh ais terkejut pulak bila tengok pekerja bagi harga RM7.00 perhhh mahal bebenor laaa kalau kt kedah baru berapa kan. Tapi tak pa la tempat orang tak selalu makan kat situ kan. It's okay. Sementara tunggu bas nak buka pintu sempat lagi aku dan dayah pi ronda kat kedai-kedai area situ mula-mula nka tengok jaa tapi bila tengok kat situ banyak baju beli pulak baju I <3 Cameron Highland tu aku beli dua helai kihkihkih.
Kemudian meneruskan perjalanan ke MARDI Agrotechnology Park, Cameron Highland dulu aku hanya lalu ja kat sini tapi sekarang masuk kat sini . Dewasa masuk RM 3.00 tapi kami di bayar oleh staf Felcra so tak nak la aku kena kuarkan bayaran sendiri hihi jimat-jimat hehehe. . Kat sini best gilerr oiii bunga macam-macam ada bukan sahaja strawbery huhuhu the best la tempat nie banyak jugak la aku snap picture huhu .. Antaranya ialah
Macam-macam bunga ada kat sini sampat tak sempat nak tengok apa nama pokok nie
Penanaman pokok buah strawbery di sini
Aku rasa macam nak kutip pokok jaa nie balik rumah hehehe
Tempat kat situ sangat-sangat laa cantik seriusly tak tipu kalau nak merasainya boleh la pi kat situ. Perjalanan seterusnya kami ke Boh Plantations Sungai Palas . Tak ke Cameron Highland la kan kalau tak pi ladang teh tu. . Sampai ja tempat tu terus serbu tempat untuk beli teh untuk di bawa pulang macam-macam perisa ada antaranya sudah semestinya strawbery,orange,dan banyak lagi. Snap gambar aku di sini seperti berikut huhuu
Ladang teh boh nun di sana yeahhh
Semasa shopping tea dan after shopping hihihi
Lastly, speaking gitu uoolss hihihi kami ke Pasar Malam di Brincang sebagai destinasi terakhir kami di sini.
2 jam lebih jugak di beri masa untuk shopping di situ. Dah la bas kat berhenti kat bawah so kena la jugak daki bukit untuk ke pasar malam tu . Tak pa la bukan selalu nak excercise kan boleh la kurus bhahahaha. . Kat situ borang macam-macam la sayur-sayuran dan buah-buahan , makanan dan macam-macam lagi laa..
Okay habis dah shopping apa semua menuju ke bas kembali penuh dua-dua belah tangan weyy. . Sampai tak larat nak bawaknya.
Sampai di sini saja la trip to Cameron Highland yaa banyak kenangan yang tercipta di situ dan banyak jugak la duit yang telah di habiskan di sana hahahaha. Okay say byeeiii for yang membaca coretan aku nie. Sekalung ucapan terima kasih untuk anda semua. Tak tugi kalau ke Cameron Highland kalau nak alaminya sendiri boleh la ajak family ke sana.
Selfie with my friends Dayah dan adiknya :)












